Thanks follow Saya,Saya Follow awak balik.. :)

Isnin, 25 Jun 2012

Hakikat Cinta

                                                                     Hakikat Cinta

Hakikat golongan remaja
Tidak dapat lari daripada cinta
Tidak kira cinta hakiki atau cinta noda
Kerana hati yang muda
Senantiasa mencari masa
Untuk mengisi kekosongan hatinya
Oleh itu wahai golongan pemuda
Penuhi hatimu dengan cinta yang mendapat redha
Jangan jadikan cintamu, cinta yang berlandaskan nafsu semata

Hakikat jiwa sentiasa ingin menyintai
Dan juga ingin merasa disayangi
Tetapi jangan jadikan ianya pergi
Kepada seseorang yang tidak layak memiliki
Kerana cinta yang hakiki
Adalah cinta dari Illahi
Yang pasti membawamu mencapai kebahagiaan yang abadi
Di syurga yang setia menanti 
Bersama-sama golongan yang dikasihi

Jika hatimu diberi kepada Illahi
Pasti cinta seorang yang mencintai Allah akan dikau miliki
Itulah hakikat cinta yang hakiki
Di dunia ini dan di syurga nanti
Bersama-sama memandu kasih yang abadi
Di bawah lembayung kebesaran Illahi
Adakah engkau masih meragui?
Akan adanya cinta seperti ini?
Yakinlah akan kekuasaan Illahi
Kerana ianya adalah suatu janji
Buat hamba-Nya yang dikasihi....

Firman Allah :
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). 
(An-Nur : 26)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan