Thanks follow Saya,Saya Follow awak balik.. :)

Khamis, 30 Ogos 2012

KASIH AKU CINTA KAMU

Saat luka membaluti hatiku
Kau hadir menghulurkan salam ukhwah
Aku menyambut tanpa ragu
Perkenalan yang singkat ini
Telah menimbulkan rasa cinta
dihatiku
Tapi aku takut
Takut dilukai dan dipersiakan lagi

Saat ujian menimpaku
Kau hadir menjadi pembangkit semangatku
Kau meniupkan kata-kata semangat
Agar akau bangkit daripada terus jatuh tersungkur
Kau menghulurkan tanganmu
Agar aku kuat terus disampingmu

Saat aku hampir terjunam ke jurang neraka
Kau hadir memberi kata perangsang
Agar aku tidak lagi terleka
Kaulah teman yang setia disampingku

Kini baru aku sedari diri ini telah jatuh
jatuh cinta kepada jejaka
Yang kini mengisi ruang hatiku
Kau lah jejaka terbaik buatku
Kau hadir takkala aku perlukan teman
AAku mengharapkan agar Allah
sentiasa di samping kita
Melindungi kita daripada ganguan syaitan




                                                                          Karya Alysha Adriana Zaid,Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan